Saturday, 29 November 2014

Mandi Kolam

♥♡ Fuhh.. lama gila tak teman anak2 mandi kolam.. kesian kat depa..
♥♡ Kebetulan hari ni cuaca elok,makanya abang ajak aku temankan anak2 mandi kolam..
♥♡ Excited sangat Faqih & Faqihah nak mandi kolam..

Friday, 28 November 2014

Ke Arah ---》 ATKINS DIET

Ya Allah.. kuatkan semangatku untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

♥♡ 1st supaya aku rasa lebih ringan untuk beribadah.

♥♡ 2nd untuk tatapan suamiku.

♥♡ 3rd untuk kesihatan diriku sendiri.

Tinggi 150cm
Berat 67kg

◆◆ 57kg in 25days

◆◆ 47kg in another 25days


Happy Birthday Faqih!!!

** Alhamdulillah Muhammad Faqih el-Imtiyaz cukup 3tahun hari ni..

** Ummi sayang Faqih sangat2.. rasa sekejap ja masa berlalu.. rasa belum puas ummi manjakan Faqih.. Maafkan ummi andai ada yg kurang dalam usaha ummi mendidikmu anakku..

** Happy Birthday Anak ummi sayang..

Monday, 24 November 2014

K.A.M.I

◆◆ Aktiviti seharian di rumah mak saja.

◇◇ Faqih, Faqihah & Fahim sihat.

◇◇ Abang di rumah pokok sena.

◇◇ Aku pun seperti biasa saja jaga anak3x di rumah mak.

Sunday, 23 November 2014

SEDAKA

Hari ni lepas Zohor bertolak keluaq dari rumah.

1. Mula2  ke Aneka. Aku sempat ambik kad diskaun Popular, beli roti manis 2 bungkus & ayaq tembikai dan teh ais.

2. Terus ke sekolah mak, untuk urusan buku rancangan mengajaq mak.

3. Lajak pi Guaq beli ikan & seterusnya pi pekan sungai limau beli kuih-muih.

4. Berhenti rumah pak long Mad, abah mak nak bagi kad jemputan kenduri yang orang wakilkan.

5. Singgah sat ja rumah tok & bagi kuih & roti manis.

6. Rumah mak abang pon kenduri.. memang jadi antara orang last jugak la hari ni.. tapi makan memang sedap.

Fuhhh..letihnya rasa bercerita pun..

Friday, 21 November 2014

SURPRISE HADIAH BIRTHDAY & PUDING MILO

Semalam tak sempat nak update. Actually kami makan malam di rumah mama ayah semalam..Banyak jugak lauk special termasuk ikan 3 rasa.. Waktu nak balik, mama ayah hadiahkan sesuatu.. Jeng.. jeng..jeng..

 ♥♥ PRESSURE COOKER ♥♥

Terima kasih mama & ayah..


Petang ni sempat buat Puding Milo. Rasa tak manis sangat. Strukturnya pun tak la lembik sangat..agak padat jugak la.Mungkin kena tambah ayaq lebih lagi lain kali.. 

**Practice makes perfect**




Wednesday, 19 November 2014

ADUAN SPA

Semalam ada hantar aduan ke SPA.. Dapat response pagi ni.






K.A.M.I

Activity for today as usual..

Special for today is :: Mr. Hubby tolong lipat baju (separuh ja,haha)..

Mama cuti hari ni sebab sakit perut, so Faqih apa lagi; merap tok dia la..

Faqihah & Fahim alhamdulillah ok di bawah jagaan ummi depa ni..hehe..

Tuesday, 18 November 2014

K.A.M.I

Semalam18 November tak sempat nak update blog sebab nya aku terlena awai..hehe..

Actually aktiviti semalam macam biasa ja. Yang luar biasa sikit pun sebab abang balik lambat. Ada program Falak kat sekolah Dato' di Kodiang katanya. Lama jugak la aku berbaju kurung sementara tunggu abang balik.

Aku dah janji pada diri nak bersiap2 kemas2 sebelum abang balik kerja. Nak jugak jaga penampilan diri. Rasa macam dah lama sangat aku tak betul2 manjakan diri. So, Better Late Than Never..

Gambar waktu pagi teman Faqih & Faqihah berbasikal. Waktu ni Fahim dah menidurkan dirinya. ^_*

Gambar Fahim tidur tu waktu petang sebelum baba nya balik kerja.

Monday, 17 November 2014

CHECK UP FAHIM 2 BULAN

Pagi ni pukul 8.30 baru sampai klinik..
Dapat jugak sapa kak Zaini..hehe.

Alhamdulillah lepas cucuk Fahim (paha kiri) lebih kurang hampir pukul 10 pagi mcm tu dah boleh balik..

Waktu petang pulak, sempatla aku melayan anak2 main basikal dalam setengah jam kat depam rumah..

Gambar kat bawah pulak:
1) waktu on the way ke KKPS
2) waktu kat kaunter pendaftaran klinik
3) waktu Faqihah cuit adiknya.. Si adik nampak syok ja tersenyum..

Sunday, 16 November 2014

PASAR MALAM AHAD

♥♥♥ Hari ni perjalanan hidup seperti selalu.. Menjaga ketiga2 orang cahaya mataku tatkala suami bekerja.. Aktiviti anak2 as usual too..

Cuma lepas encik suami balik kerja,terus di ajak nya aku & anak2 ke Night Market.. Actually aku naik kereta sampai ke Pasar malam ja tapi tak turun towaf pasar malam pun.. Memang selalu macamni pun,susah nak bergerak dengan tiga orang anak kecil.. Aku pun dah lali dengan keadaan ni..

Apa2pun aku bersyukur dengan apa yg aku ada pada hari ni.. ♥♥♥

Saturday, 15 November 2014

BIRTHDAY ABAH

♥♥Hari ni bangun pagi baru boleh mesej abah ucap Happy Birthday yang ke-55..

♥♥Alhamdulillah dapat cakap banyak kali dengan abah & mak hari ni sebabnya... abah dapat call free..hehe..

♥♥Pagi tadi abang kena p rasmi program di masjid di Alor Setar.. maka aku kelam kelibut la jaga tiga anak di rumah ni..working non-stop..fuhhhh...penat juga sebenarnya.. Tapi bila fikir anak2 adalah amanah Allah,maka semangat tu datang kembali untuk buat yang terbaik untuk anak2..

Friday, 14 November 2014

BUBUR ASYURA

◆◆◆ Menu yang paling famous minggu ni: bubur asyura.. 


Malam ni aku, abang & anak2 ikut ayah mama,fairuz & adik ke rumah maklang..
Bertolak lepas maghrib & sampai lebih kurang 8.30 malam.
Ada makan2 katanya..


Rupa2nya ada majlis kacau bubur asyura siang tadi..
Maka kami tukang makan ja la..
1. Dah semestinya ada bubur asyura..
2. Ada nasi putih & lauk2 jgk.. ayam,daging,acar & sayur..
3. Menu kegemaran: kek lapis cheese cocktail.. 


On the way balik sempat drive thru KFC..
Sampai rumah lebih kurang 11.30 malam..

Ni gambar bersama si bayi yang baru masuk 2 bulan 8 hari, sebelum bertolak ke rumah maklang..

Thursday, 13 November 2014

Happy Birthday 27th !!!

Alhamdulillah.. genap sudah 27tahun hari ni.
Syukur kerna pada waktu ini aku bahagia bersama seorang suami & tiga cahaya mata..
1. Muhammad Faqih el-Imtiyaz
2. Annur Faqihah el-Insyirah
3. Muhammad Fahim el-Marwazi

Thank you abang tunaikan keinginan ayang nak makan kek chocolate indulgence Secret Recipe.. plus extra kek chocolate fudge..
I LOVE YOU SO MUCH!!!